Paling Popular
Terkini

Pelaburan langsung asing (FDI) Jepun jauh lebih besar jumlahnya berbandingdengan  China tetapi tidak ada pihak yang menuduh bahawa kedaulatan negara itu dijual kepada Jepun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini.

“Mungkin saya juga mengambil peluang ini untuk mengingatkan anda bahawa sementara kita mempunyai saham FDI sebanyak RM63 billion dari China dan Hong Kong, kita mempunyai lebih lagi – malah RM70 billion – dari Jepun.

"Dan anda tidak dengar pula sesiapa yang memberi amaran yang kita menjual negara ini kepada Jepun," katanya semasa menyampaikan ucaptama perasmian Invest Malaysia 2018 yang dihadiri lebih 2,000 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli korporat tempatan dan asing di Kuala Lumpur, hari ini.

Kenyataan Najib itu dilihat sebagai mengulas tuduhan oleh pembangkang termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa negara ini semakin terhutang budi secara ekonomi kepada China.

"Saya tahu audien yang cukup berpengetahuan dan berpendidikan tinggi di sini hari ini faham benar mengenai dakwaan yang tidak berasas ini. Kerajaan saya tidak akan sekali-kali mengorbankan walaupun seinci kedulatan negara kita.

"Sudah tentu tidak. Mereka dialukan datang. Begitu juga para pelabur dari Afrika, America, China, Kesatuan Eropah, India, Arab Saudi dan negara lain dari seluruh dunia," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS