Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ayer Hitam: DAP kata rasmi, AMANAH kata belum muktamad

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini menafikan keputusan muktamad sudah dibuat berkaitan kerusi parlimen Ayer Hitam di Johor.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata, setakat ini belum ada sebarang ketetapan diputuskan Pakatan Harapan (HARAPAN) mengenai kerusi berkenaan.

Mengulas kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, Mohamad berkata calon di Ayer Hitam yang mewakili HARAPAN belum ditentukan.

"Kita akan bincang. Belum ada keputusan muktamad," katanya kepada media di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor di Shah Alam hari ini.

Pada 10 Feb lalu Loke mengesahkan DAP akan menurunkan calon mereka untuk mencabar Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Ayer Hitam.

Kata Loke DAP membatalkan rancangan awal untuk meletakkan calon AMANAH yang akan bertanding menggunakan logo DAP di situ.

"(HARAPAN mahu meletakkan calon AMANAH sebelum ini) sebab AMANAH cuma ada dua kerusi parlimen (di Johor).

"(Tapi) AMANAH dapat 12 kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang boleh dianggap agak banyak. Sebab DAP tak dapat tambahan kerusi DUN, jadi kita minta semula Ayer Hitam.

"Hari ini kita boleh cakap secara rasmi bahawa calon DAP akan bertanding di Ayer Hitam," katanya.

Sejak awal bulan lalu ada cakap-cakap bahawa AMANAH akan menurunkan calon mereka di kerusi berkenaan, tetapi menggunakan logo DAP.

Pada pilihan raya umum lalu Wee mengalahkan calon PAS, Hu Pang Chow, dengan majoriti selesa, 7,310 undi.

Hu adalah bekas pemimpin Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kemudian meninggalkan parti itu sebelum menyertai AMANAH.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS