Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Jika Venezuela boleh halau Duta Israel, kenapa tidak M'sia?'
Diterbitkan:  Feb 18, 2018 4:53 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Jika negara bukan Islam seperti Venevuela boleh bertindak tegas menghalau duta Israel daripada negara itu pada tahun 1999, kenapa tidak Malaysia?

Itu persoalan dibangkitkan oleh Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin berhubung kehadiran diplomat Israel dalam program anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.

"Jika mendiang Presiden Venezuela, Hugo Chaves pernah bertindak lagi agresif iaitu menghalau Duta Israel dari negaranya pada tahun 1999 sebagai protes serangan Israel ke atas umat Palestin, maka takkan sekadar menolak untuk jadi tuan rumah, Malaysia tak boleh.

"Tak boleh ke tak mahu?" soal Hanipa dalam satu kenyataan yang disiarkan di halaman Facebooknya.

Hanipa mengulas kenyataan bekas presiden Majlis Keselamatan PBB, Tan Sri Razali Ismail semalam yang mengatakan Malaysia tidak boleh mengamalkan diskriminasi dengan tidak membenarkan diplomat Israel hadir dalam program berkenaan.

"Sementara saya menghormati pandangan mantan diplomat itu, saya dengan hormat, tidak bersetuju dengan pandangan beliau," kata Hanipa.

Menurut Hanipa, meskipun Venezuela bukan negara Islam dan bukan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), namun negara berkenaan menunjukkan ketegasan berhubung isu kekejaman Israel.

"Mendiang Chaves juga bukan orang Islam, namun mereka lebih bersimpati dengan nasib umat Islam di Palestin dan lebih tegas dan berani tunjuk sikap ke atas pengganas Israel," katanya.

'Ibarat restu kekejaman Israel'

Menurut Hanipa, Malaysia sepatutnya menunjukkan konsistensi sebagai negara yang tidak mengiktiraf negara haram seperti Israel .

"Isunya adakah Malaysia tidak boleh bertegas untuk tidak bersedia jadi tuan rumah persidangan program anjuran PBB itu jika ada wakil dari negara haram Israel yang menyertainya," katanya.

"Ini bukan isu kita benci atau tidak diplomat Israel itu.

"Saya setuju kita bukan bermusuh dengan orang Yahudi kerana kita juga beriman dengan para nabi yang berketurunan Yahudi.

"Namun negara haram Israel itu isu lain. Membenarkan seorang diplomat dari negara haram Israel yang jelas kekejamannya pada umat Islam Palestin ibarat merestui kekejaman itu. Itu isunya," jelasnya.

Malaysia baru-baru ini menerima kehadiran diplomat Israel pada Forum Bandar Sedunia ke-9 (WUF9) pada 7 hingga 13 Februari lalu.

Rombongan berkenaan diketuai David Roet, timbalan duta Israel ke PBB.

Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon berkata mereka menghadiri satu persidangan UN-HABITAT, PBB berkaitan penempatan manusia yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.

 

Lihat Komen
ADS