Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Syed Saddiq pula 'menganjing' Jamal
Diterbitkan:  Feb 21, 2018 3:13 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Gimik pemimpin kontroversi Umno Datuk Seri Jamal Md Yunos 'menderma' RM7 bilion kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disambut penuh sinis pemimpin kanan parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam video eksklusifnya kepada KiniTV hari ini membalas dengan mempersendakan ketua Umno Sungai Besar itu.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Jamal Yunos kerana sudi menderma RM7 bilion kepada BERSATU.

“Jelaslah Jamal Yunos ini lebih kaya dari saudagar Arab yang telah menderma RM2.6 bilion kepada akaun Datuk Seri Najib Razak,” kata Syed Saddiq merujuk kepada kontroversi kemasukan wang yang banyak itu ke dalam akaun peribadi Najib.
 


Baca: Jamal derma pada BERSATU, dakwa RM7 bilion


Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 26 Januari tahun lalu berkata Najib telah mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterima itu kerana tidak diguna pakai.

Apandi juga telah membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang salah laku.

Najib sendiri berulang kali menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.


Sementara itu, Syed Saddiq juga 'memuji' Jamal kerana sanggup menderma kepada parti lawan, dan bukan kepada Umno atau BN.

Jamal yang terkenal dengan pelbagai gimik hari ini mendakwa menderma AS$1.8 bilion (RM7 bilion) BERSATU supaya parti itu tidak lagi meminta derma orang ramai.

Dalam cek olok-oloknya, Jamal bagaimanapun menulis sumbangan itu kepada Parti Bunga Bersatu Malaysia dan syarikat kewangan pula dirujuk sebagai Bunga Bank.

Beliau selepas itu memasukkan cek ke dalam mesin deposit cek tetapi jumlah sumbangan pada slip bayaran ditutup.

Sementara itu, dalam kenyataan lebih serius, pemimpin pemuda parti serpihan Umno itu juga berkata gimik Jamal hari ini sebenarnya menarik lebih perhatian penderma untuk membantu BERSATU.

“Apa you buat ini you akan tarik perhatian dan tarik lebih ramai penderma untuk tahu yang BERSATU perlu derma.

“Dan kita akan panggil semua orang tidak kira bangsa, agama, malah fahaman politik untuk membantu kita untuk perjuangan mulia ini demi Malaysia baru,” katanya.

Lihat Komen
ADS