Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Akhbar: K’jaan Switzerland mahu RM400 juta wang 1MDB
Diterbitkan:  Feb 27, 2018 5:46 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Kerajaan Switzerland dilaporkan mahu menuntut CHF95 juta (RM400 juta) wang dana berkaitan 1MDB yang dirampas daripada beberapa bank.

Menurut akhbar Tages Anzeige yang berpangkalan di Zurich, kerajaan Switzerland dibenarkan untuk menuntut keuntungan yang dijana secara haram.

Akhbar itu juga memetik Menteri Kewangan, Ueli Maurer sebagai berkata, bahawa dana berkenaan telah disalurkan ke perbendaharaan persekutuan memandangkan tidak ada pihak yang menuntutnya.

Maurer berkata demikian kepada NGO Bruno Manser yang berpangkalan di Basel, yang mahu pemulangan dana itu ke Malaysia.

Tuntutan kerajaan Switzerland itu dijangka dibahaskan dan diundi dewan rendah perhimpunan Swiss pada 15 Mac ini.

Ahli Parlimen Geneva Carlo Sommaruga telah membentangkan satu usul mendesak Switzerland untuk memulangkan sekurang-kurangnya sebahagian daripada dana yang dirampas kepada negara asalnya.

Usulnya menerima sokongan bi-partisan daripada 26 ahli parlimen.

Menurut Tages Anzeige, Sommaruga berkata tindakan pihak berkuasa Switzerland merampas wang haram itu sesuatu yang harus dipuji, tetapi ia adalah salah bagi negara itu menjadi kaya melalui hasil rampasan berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS