Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
PKR lancar kiraan 100 hari Anwar bebas
Diterbitkan:  Feb 28, 2018 5:47 PM
Dikemaskini: 9:50 AM

PKR hari ini melancarkan kiraan 100 hari menjelang pembebasan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang meringkuk di penjara.

Menurut Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, acara itu juga untuk menyemarakkan  kempen menjelang pilihan raya umum ke-14 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Pada petang ini kita mbuat satu majlis countdown untuk beri kesedaran bahawa Anwar akan dibebaskan pada 8 Jun.

“Kita nak supaya orang tahu dan orang akan harapkan kebebasan Anwar. Orang kata Anwar ini tahanan politik.

"Itu harapan kami kepada pengundi, jadi mereka boleh melihat peluang, atau peluang lebih besar, untuk perubahan," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kiraan itu.

Wan Azizah berkata, beliau percaya kerjasama antara Anwar dan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyaksikan rakyat melakukan pembaharuan.

Sempena kiraan Anwar bakal dibebaskan itu, PKR menaikkan papan iklan yang dipasang di ibu pejabatnya di Petaling Jaya. Ia akan menandakan bilangan hari sehingga pembebasan ketua umum parti itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS