Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jurulatih teknik seks dakwa simpan maklumat penting Trump
Diterbitkan:  Mar 1, 2018 5:43 PM
Dikemaskini: 10:02 AM

GLOBAL | Polis Thailand bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas 10 individu yang ditahan ketika memberikan kursus meningkatkan teknik hubungan seks di sebuah hotel di Pattaya pada 26 Feb lalu.

Namun ketika kes berkenaan disiasat dan disiapkan untuk didakwa, salah seorang suspek tiba-tiba mendakwa dia mempunyai maklumat rahsia yang mungkin menarik minat polis.

Salah seorang daripada mereka mendakwa, maklumat itu ada kaitan dengan siasatan pihak berkuasa AS mengenai campur tangan Russia dalam pilihan raya presiden AS pada 2016.

Hartawan hartanah Donald Trump memenangi pilihan raya berkenaan.

Anastasia Vashukevich mendawa wartawan serta agensi perisikan AS perlu campur tangan menyelamatkannya segera.

Anastasia adalah salah seorang jurulatih yang menawarkan kursus teknik hubungan intim bagi meningkatkan keberkesanan hubungan mana-mana pasangan.

Jejas reputasi Thailand

Dia berasal dari Belarus dan pernah bekerja sebagai wanita pengiring sosial - biasanya nama lain yang lunak bagi merujuk kepada perkhidmatan pelacuran.

Anastasia dikenali ramai selepas membuat rakaman mengenai pelayarannya bersama bilionair Russia, Oleg Deripaska, serta Timbalan Perdana Menteri Russia, Sergei Prikhodko.

Akhbar berpengaruh The Washington Post semalam melaporkan pengakuan Anastasia itu dinyatakan melalui satu klip video di Instagram.

"Saya adalah satu-satunya saksi dan penghubung antara Russia dan pilihan raya presiden AS.

"Ia melibatkan kaitan panjang antara Oleg Deripaska, Prikhodko, Manafort dan Trump," katanya.

Manafort yang disebut Anastasia itu merujuk kepada peguam dan pelobi Trump. Dia menjadi ketua kempen Trump semasa pilihan raya berkenaan.

Peguam terbabit kini didakwa atas beberapa tuduhan termasuk menipu, penggubahan wang haram serta konspirasi. Dia menafikan semua tuduhan berkenaan.

Kata Anastasia dia akan menyalurkan maklumat yang ada dengan syarat AS membebaskannya dari penjara Thailand.

Pada Isnin lalu polis menyerbu salah sebuah bilik hotel mewah di Pattaya selepas mendapat maklumat ada kursus kaedah hubungan seks dilangsungkan.


Baca Pelacur tanding pilihan raya umum di Peru


Seramai 10 jurulatih baru saja memulakan tugas masing-masing apabila mereka diserbu kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Peserta yang mengikuti kelas berkenaan dikenakan bayaran kira-kira 20,000 baht (RM2,500) seorang dan diberikan sekeping sijil selepas menamatkan pengajian.

Siastaan polis mendapati tiga daripada jurulatih terbabit tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah, manakala seorang lagi berada di Thailand melebihi tempoh yang dibenarkan dalam visa.

Seorang lagi jurulatih didapati bekerja tanpa permit.

Sementara itu jurucakap polis Pattaya Kritsana Pattanacharoen memberitahu tindakan diambil kerana pihak berkuasa menganggap mereka menjejaskan reputasi Thailand.

"Polis kini sedang giat menjejak jenayah antarabangsa serta melihatkan warga asing," katanya dipetik Bangkok Post.

Lihat Komen
ADS