Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Usul baru pemulangan RM430 juta dana berkaitan 1MDB dirangka

Usul baru akan dibentangkan di Parlimen Switzerland bagi mengembalikan dana yang dikaitkan dengan 1MDB kepada engara asalnya.

Usul sama yang dibentangkan anggota parlimen Geneva, Carlo Sommaruga semalam tewas selepas majoriti anggota parlimen mengundi menentangnya.

Ia dikritik kerana disifatkan terlalu luas dan umum.

Parti Sommaruga - Parti Sosial Demokrat (SDP) - telah mula merangka usul baru berhubung perkara itu untuk dibentangkan sekali lagi di Parlimen Switzerland.

"Ya, beliau (Sommaruga) akan memfailkan usul lain. Kita telah mula merangkanya," kata Setiausaha Antarabangsa SDP Peter Hug kepada Malaysiakini menerusi emel.

Hug bagaimanapun berkata proses tersebut dijangka akan mengambil masa dan mereka tidak menetapkan tarikh untuk memfailkan usul itu.

1MDB yang merupakan syarikat milik Kementerian Kewangan menafikan wang berjumlah CHF104 million (RM430 juta) yang dirampas kerajaan Switzerland adalah miliknya.

NGO boleh main peranan

Ketika sesi perbahasan semalam, Kemeterian Luar Switzerland berhujah pengembalian wang tersebut yang boleh dibuat pihak kehakiman sejajar dengan Akta Aset Luar Haram Switzerland (FIAA).

Sementara itu, Hug berkata NGO di Malaysia boleh memainkan peranan untuk memudahkan proses perundangan.

"Penting untuk NGO di Malaysia mewujudkan prasyarat institusi yang membenarkan pengembalian aset yang dirampas...(dengan) memberikan jaminan (aset) tidak diberikan kepada (pihak) korupsi dan mereka boleh melaksanakan program yang selaras dengan (undang-undang Switzerland)," katanya.

Beliau memetik Artikel 17 Akta Aset Luar Haram Switzerland (FIAA) menyatakan pemulangan aset perlu dibuat sama ada untuk menambahbaik kehidupan penduduk negara asal atau mengukuhkan kedaulatan undang-undang negara itu.

Artikel 18 akta sama pula menggariskan jika tiada persetujuan dengan negara asal, pengembalian aset akan dibuat melalui pertubuhan dalam negara itu atau antarabangsa, termasuk NGO.

Hug sebelum ini memberi jaminan aset yang dirampas itu bukan akan dipulangkan kepada kerajaan Malaysia.

Kerajaan Switzerland merampas dana daripada tiga bank - Bank BSI, Coutts & Co dan Bank Falcon - selepas terbabit mencuci wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

Ketiga-tiga bank kini membuat rayuan berhubung rampasan itu di Mahkamah Pentadbiran Persekutuan.

Lihat Komen
ADS