Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib juga bertanggungjawab guna ISA, kata Dr M

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai anggota kerajaan turut bertanggungjawab ketika Operasi Lalang 1987 yang menyaksikan ratusan orang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan, kata pengkritik nombor satunya Dr Mahathir Mohamad.

"Ia tanggungjawab bersama kerajaan. Jika saya melakukan sesuatu yang beliau fikirkan salah, beliau bebas mengkritik saya atau membantahnya," Mahathir memberitahu wartawan di Petaling Jaya hari ini.

Pada ketika itu Najib menjawat menteri kebudayaan, belia dan sukan, sementara Mahathir memegang portfolio kementerian dalam negeri.

Mahathir mengulas kenyataan Najib pada Khamis lalu yang mempersoalkan pihak yang berkata beliau zalim dengan menyebut Mahathir yang menahan orang dalam Operasi Lalang.

"Siapa tangkap orang bawah Operasi Lalang? Najib atau orang tua berusia 93 tahun itu?" Beliau menyoal kira-kira 5,000 kakitangan awam di Perak sebagai sindiran kepada Mahathir.

Najib memansuhkan ISA pada 2011 yang dikesali Mahathir yang daidakwa menggunakan perundangan menindas untuk menekan pengkritik dan memenjarakan ahli politik pembangkang.

Seramai 106 orang ditahan di bawah Operasi Lalang.

Mahathir berulang kali menyatakan Operasi Lalang dikendalikan pihak polis dan beliau tidak ada kuasa untuk membantah perintah penahanan.

Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Mahathir kini bekerjasama dengan beberapa individu yang pernah ditahan dalam operasi tersebut.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS