Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin: PAS S'ngor hina Sultan adu bajet dibekukan

Tindakan PAS mengheret istana Selangor dalam isu peruntukan dengan kerajaan negeri merupakan penghinaan kepada institusi diraja itu, kata Menteri Besar Selangor hari ini.

Bercakap kepada wartawan selepas hadir Karnival Himpunan Rakyat di Stadium Malawati, Shah Alam, Azmin berkata tidak ada sebab untuk melibatkan pihak istana dalam isu pentadbiran.

"Mengapa kita perlu libatkan pihak istana? Ini isu pentadbiran," kata beliau ketika diminta mengulas surat Pesuruhjaya PAS Selangor kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Surat Sallehen (gambar) dihantar pada 12 Mac lalu membangkitkan isu ADUN PAS didakwa dinafikan peruntukan kawasan selama dua bulan.

Apabila ditanya adakah beliau akan mengambil langkah susulan dengan Sultan dalam isu berkenaan, Azmin menjelaskan tidak ada keperluan beliau berbuat demikian.

"Saya beritahu mereka (PAS), pergi jumpa pegawai daerah. Bukan Sultan.

"Hal ini suatu penghinaan kepada istana," kata timbalan presiden PKR itu.

Mengulas lanjut, Azmin berkata ADUN PAS perlu mengikut prosedur yang betul untuk membuat tuntutan peruntukan kawasan mereka yang telah diluluskan di bawah belanjawan negeri untuk tahun ini.

Azmin turut memaklumkan Selangor merupakan satu-satunya negeri yang memberikan peruntukan kepada ADUN pembangkang, tidak seperti BN pada peringkat persekutuan dan negeri.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS