Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemuda AMANAH lapor polis isu audio 'kawan CIA'
Diterbitkan:  Apr 1, 2018 3:07 PM
Dikemaskini: 7:25 AM

Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor hari ini membuat laporan polis berhubung isu audio ucapan yang didakwa mirip suara seorang pemimpin PAS yang tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, sayap parti pembangkang itu berkata laporan tersebut dibuat agar polis menyiasat pengakuan individu berkenaan mengenai hubungannya dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA).

"Kami berharap pihak polis dapat menyiasat dan menentukan kesahihan audio ini memandangkan ia mempunyai implikasi keselamatan negara dan unsur jenayah jika audio ucapan suara ini tulen," kata Pemuda AMANAH Johor selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, hari ini.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Naib Ketua Pemuda AMANAH Johor, Asim Abdullah Ainullotfi, Pemuda AMANAH Bakri, Saidin bin Ismail dan Pemuda AMANAH Muar, Mohd Mansor Abu Hamid.

Mereka berkata, antara intipati lain dalam audio tersebut adalah pengakuan individu berkenaan mempunyai maklumat sebenar dalam isu derma RM2.6 bilion dan 'isu Pulau Pinang yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan dan kes mahkamah yang sedang berlangsung sekarang.

Isu rakaman audio yang didakwa melibatkan anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz itu mula tersebar di media sosial pada akhir Feb lalu.

Bagaimanapun rakaman keseluruhan audio itu hanya didedahkan di Facebook sebulan kemudian.

Antara petikan rakaman audio itu berbunyi: "Ana (saya) boleh bercakap dengan CIA. CIA Amerika tu ana kenal orang dia yang sentiasa berhubung dengan ana."

Bagaimanapun Nik Abduh sudah membuat penafian mengenainya sehari kemudian dengan menyifatkan tuduhan itu "karut, mengarut dan fitnah" terhadap dirinya serta PAS.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS