Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pemimpin HARAPAN, termasuk Dr M terikat manifesto'

Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua kepimpinan gabungan itu termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad terikat dengan manifesto mereka.

Katanya, walaupun Dr Mahathir tidak bersetuju dengan pemansuhan tol dalam manifesto mereka namun ia telah dipersetujui semua kepimpinan termasuk bekas perdana menteri itu sendiri.

“Saya tekankan bahawa adanya manifesto yang mengikat dan dipersetujui oleh semua pimpinan kanan HARAPAN termasuk Tun Mahathir,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Wan Azizah berkata demikian mengulas laporan Dr Mahathir yang menyuarakan kebimbangan dengan janji pemansuhan tol, walaupun telah dinyatakan dalam manifesto pilihan raya HARAPAN.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyelar pembangkang kerana mengaku tidak dapat melaksanakan janji pilihan raya mereka selepas melancarkan manifesto itu pada 8 Mac lalu.

Najib dikatakan merujuk laporan akhbar Singapura Sunday Times pada 25 Mac yang memetik Dr Mahathir sebagai berkata HARAPAN mungkin tidak dapat memenuhi janji-janjinya.

"Antara kami, ada sedikit perbezaan pendapat, tapi saya ada pengalaman dengan tol. Saya berpendapat kita tidak boleh janji hal seperti itu.

"Sebab itu apabila ditanya, saya tidak bersetuju tol dimansuhkan. Tanpa tol, kita tidak boleh baiki jalan, dan kita tidak boleh bina jalan baru. Kita minta sektor swasta yang buat, tapi mereka tidak akan buat kecuali mendapat pulangan.

"Sebab itu saya bimbang, dan apa yang saya katakan hanyalah kebimbangan saya," Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata demikian.

Bagaimanapun, selepas Dr Mahathir dituduh membuat pusingan-U berhubung janji pilihan raya HARAPAN, beliau menegaskan bahawa semua janji itu dapat dilaksanakan.

Katanya, janji-janji itu telah dikaji secara terperinci sama ada boleh dilaksanakan atau tidak namun ada beberapa perkara popular yang tidak boleh dilaksanakan.

 

Lihat Komen
ADS