Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menafikan Ketua Bahagian Umno Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar memegang jawatan pengerusi jawatankuasa pemulihan dadah (JKPD) Cheras.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan Unit Media dan Komunikasi Korporat agensi itu memaklumkan bahawa jawatan berkenaan sebaliknya dipegang oleh seseorang bernama Zainuddin Amran.

"Oleh yang demikian, AADK meminta agar orang ramai tidak mengaitkan ahli politik tersebut dengan jawatankuasa pemulihan dadah," kata kenyataan itu.

Susulan penahanan Rizalman pagi Isnin lalu, media memetik Rizalman sebagai pengerusi JKPD Cheras, selain memegang jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Awal hari ini, Rizalman mengadakan sidang media mendakwa penahanannya merupkan rancangan pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerjaya politiknya.

[Baca berita penuh]