Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Masa untuk perubahan' - Jam Dr M dibida RM13,000

Seutas jam tangan yang dimiliki Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad dibida sehingga RM13,000 pada suatu majlis lelongan.

Bidaan bermula pada harga RM5,000 sebelum seorang ahli perniagaan memenangi bidaan pada harga RM13,000 untuk jam tangan tersebut.

Jam tangan itu juga dimeterai dengan tandatangan Mahathir.

Jam tangan berwarna merah model G-Shock GW9400 yang ditempah khas berharga di antara RM1,000 ke RM2,000.

Ketika ditemui pemberita pada majlis kutipan dana ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur, Syaqib berkata keputusan beliau untuk membida jam tangan itu kerana, "nilai Tun (Mahathir) tidak dapat dikira dengan wang ringgit."

Sumbangan untuk perubahan

"Tiada harga khusus untuk perubahan, boleh saja apa-apa nilai pun," kata beliau ketika ditanya seberapa tinggi beliau mampu untuk membuat bidaan harga.

Bagaimanapun, Syaqib berkata ia bukan tentang soal nilai jam tangan tersebut sama ada berbaloi atau tidak bidaan beliau.

"Ia bukan tentang nilai sesuatu barang itu tetapi nilai sumbangan ke arah perubahan," katanya.

Syaqib juka sempat berkenaka kerana beliau terlepas peluang mendaftar menjadi anggota BERSATU sebelum ia dibubarkan sementara.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS