Paling Popular
Terkini
story images
story images

Ketika ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiapkan Pakatan Harapan (HARAPAN) menghadapi pilihan raya umum ke 14,

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau mengalu-alukan sokongan semua pihak dalam mempersiapkan Pakatan Harapan (HARAPAN) menghadapi pilihan raya umum ke 14.

Sokongan itu, kata Menteri Besar (kerajaan sementara) Selangor itu termasuklah daripada adik perempuannya Ummi Hafilda yang pernah dilaporkan renggang hubungannya dengan beliau.

"Saya ok dengan hal itu. Saya tiada masalah.

"Dalam pilihan raya, setiap undi dikira," Azmin memberitahu pemberita selepas melancarkan konvoi logistik dan jentera PKR untuk PRU14 di Kompleks Belia dan SUkan Selangor di Shah Alam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kehadiran mengejutkan Ummi Hafilda semasa majlis kutipan dana Pemuda BERSATU tengahari tadi.

Kehadiran Ummi Hafilda yang duduk semeja bersebelahan dengan Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad menarik tumpuan ramai kerana dia dikenali sebagai pengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ummi Hafilda juga memberitahu wartawa beliau masih belum berbaik dengan Azmin tetapi merumuskan pertalian keluarga tidak akan terputus dan sekarang beliau berkongsi matlamat untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Menjelaskan lanjut, Azmin berkata beliau gembira dengan sebarang sokongan yang ditunjukkan kepada Mahathir dan HARAPAN.

"Saya gembira dan saya agak terkejut untuk bertemu dengan dia (Ummi) di majlis tersebut...Tapi saya perlu segera beredar.

"Saya hanya di situ untuk menyapa Tun dan saya perlu kembali ke sini," kata Azmin.

Ummi Hafilda menjadi terkenal setelah muncul sebagai saksi dalam perbicaraan kes sodomi Anwar yang pertama dulu.

Ummi turut terlibat dalam kem Barisan Nasional pada PRU13 lalu.

Lihat Komen
ADS