Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dr M mohon maaf guna perkataan Keling
Diterbitkan:  Apr 10, 2018 2:08 PM
Dikemaskini: 6:15 AM

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana menggunakan perkataan 'keling' yang merujuk kepada kaum India.

"Saya tidak bermaksud untuk menghina sesiapa pun. Bila saya seorang budak kecil, saya gunakan perkataan itu, tetapi sekarang ini ia dianggap menghina.

"Saya memohon maaf jika saya menimbulkan sebarang masalah," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Sabtu lalu,  Mahathir menggunakan istilah yang dianggap memperlekehkan orang India dalam kecamannya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mahathir menggunakan istilah itu ketika mengulas laporan yang mendakwa HARAPAN perlu mendapat kebenaran SPR untuk menggunakan satu logo yang sama untuk kesemua parti komponennya.

[berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS