Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes Equanimity akan 'belayar' ke Amerika
Diterbitkan:  Apr 18, 2018 1:43 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Susulan keputusan mahkamah di Indonesia yang memutuskan rampasan Equanimity oleh pihak berkuasa Indonesia tidak sah, proses seterusnya dijangka bersambung ke mahkamah di Amerika Syarikat minggu depan.

Tarikh pendengaran berkaitan diputuskan pada 30 April di Mahkamah Daerah California Tengah dan akan didengar oleh Hakim Daerah Dale S Fischer.

Dalam pemfailan semalam, yang dibuat beberapa jam selepas keputusan di Jakarta, peguam pemilik berdaftar kapal itu Equanimity (Cayman) Ltd, berhujah bahawa kerajaan AS tidak patut diberikan hak penjagaan kepada kapal itu.

“Kerajaan (AS) memohon mahkamah memberikan lantikan 'penjagaan' dalam ketiadaan kerjasama sah pihak berkuasa asing dan tanpa mengambil kira perintah mahkamah dan undang-undang sebuah negara yang berdaulat,” kata peguam Equanimity Ltd Naeun Rim.

DOJ memohon hak penjagaan terhadap Equanimity yang sebahagian daripada rampasan dalam salam pelucuthakan berkaitan 1MDB.

Jabatan itu mendakwa kapal AS$250 juta (kira-kira RM1 bilion) itu dibeli menggunakan dana berkaitan 1MDB yang dicuci melalui sistem kewangan AS.

DOJ juga berkata kapal itu dimiliki oleh hartawan kontroversi Pulau Pinang Low Taek Jho atau Jho Low.

Jho Log berkata dakwaan terhadapnya bermotifkan politik dan 1MDB pula berkata tiada wang mereka yang hilang.

DOJ menuntut hak jagaan itu bagi membawa balik kapal itu ke AS untuk dijual, sementara saman sivil pelucuthakan itu masih berjalan di mahkamah.

DOJ mendakwa anak kapal tidak boleh dipercayai untuk menjaga kapal itu kerana menggelakkannya dari dirampas DOJ sebelum ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS