Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Calon PSM isytihar aset, dari harta RM3 juta ke hutang RM20k

Hari ini, 16 calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) membuat deklarasi aset untuk pilihan raya umum akan datang, melibatkan tunai lebih RM3 juta dan pelbagai aset lain sehinggalah kepada nilai aset negatif.

Calon-calon untuk empat parlimen dan 12 kerusi DUN di Semenanjung mengumumkan perisytiharan aset mereka di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di mana mereka juga menerima surat watikah calon daripada pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim.

Petani dari Perak, Chin Kwai Heng, 52 tahun, yang bertanding kerusi DUN N33 Tronoh mengisytiharkan aset bersih berjumlah RM3,613,000 - terdiri daripada 15 hektar tanah ladang, sebuah kedai, dua bidang tanah komersial, sebuah rumah, empat lot kosong tanah dan satu unit saham.

(Tronoh)

Adik lelakinya, Kwai Leong, 45 tahun, juga seorang petani, mengaku tidak sekaya abangnya dan mengisytiharkan aset berjumlah RM30,000 untuk bertanding di N32 Menglembu.

(Menglembu)

"Saya tiada banyak harta, saya malu," katanya bersambut tawa penyokong PSM yang hadir semasa acara itu.

"Tiada apa-apa, masih ada Bawani," kata seorang hadirin ahli PSM merujuk kepada calon parti N40 Malim Nawar, peguam KS Bawani.

Bawani mula terkenal pada tahun 2012 ketika masih aktivis pelajar selepas dialog di universiti dengan Presiden Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen yang tular dengan video "listen, listen, listen" itu.

(Malim Nawar)

Dalam perisytiharannya, peguam berusia 32 tahun itu berkata dia kini mempunyai aset negatif sebanyak RM20,679.26 setelah mengambil kira pinjaman pelajarannya berjumlah RM24,000 daripada dana pendidikan tinggi Perak.

Bawani mengisytiharkan pendapatan bulanan antara RM1,000 dan RM2,000 walaupun menjadi rakan kongsi sebuah firma undang-undang yang berpangkalan di Kapar.

Bercakap kepada pemberita, ahli jawatankuasa pusat PSM, S Arutchelvan (gambar, kiri) menegaskan pengisytiharan aset kepada umum sentiasa menjadi sebahagian daripada komitmen parti kepada rakyat.

"Kami sangat terbuka dan telus mengenainya, secara tradisinya kami adalah yang pertama mengisytiharkan aset kami pada tahun 1999," katanya.

Arutchelvan akan bertanding di N24 Semenyih untuk kali ketiga, selepas kalah dalam dua pilihan raya umum lalu kepada calon BN Datuk Johan Aziz.

(Semenyih)

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS