Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 | Parti Gerakan mengumumkan naib presidennya, Dominic Lau Hoe Chai bertanding di kerusi Parlimen Batu, manakala pemangku ketua pemuda parti itu di Wilayah Persekutuan, Ong Siang Liang pula bertanding di Parlimen Kepong dalam pilihan raya umum akan datang ini.

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong mengumumkan hal tersebut dalam sidang akhbar di Pusat Perkhidmatan BN Batu hari ini .

Mah berkata Gerakan mengesahkan akan mewakili BN di Wilayah Persekutuan untuk bertanding di Batu dan di Kepong serta telah mengemukakan dua nama calon di atas kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata Najib akan membuat pengumuman rasmi mengenai calon BN tidak lama lagi.

Dominic Lau dijangka sekali lagi berhadapan dengan penyandang MP Batu, Tian Chua. Pada pilihan raya umum lalu, Dominic tewas kepada Tian Chua.

Sementara itu, Ong Siang Liang akan bertanding menentang DAP Segambut, Lim Lim Eng Eng.

Pada PRU sebelum ini, Gerakan bertanding di Batu dan Segambut. Parti itu telah memberikan kerusi tradisionalnya di Kepong kepada Parti Progresif Rakyat (PPP).

Pengumuman hari ini bermakna Gerakan telah berjaya mendapatkan kembali kerusi Kepong daripada PPP.

Mengenai kerusi Segambut pula, Mah berkata ia masih dalam rundingan dengan ahli parti dan akan membuat pengumuman pada minggu depan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS