Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'JKR gali jalan tak rosak untuk sabotaj ceramah HARAPAN'
Diterbitkan:  Apr 19, 2018 3:07 PM
Dikemaskini: 12:40 PM

PRU14 | Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa BN mensabotaj sebatang jalan di Johor bagi menghalang orang ramai hadir ke program ceramah yang menampilkan Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini.

Presiden BERSATU itu mendakwa Jabatan Kerja Raya telah "menggali" jalan dari Panchor ke Gerisik - jalan yang perlu dilalui untuk hadir ke program itu - untuk mengganggu trafik.

"Malam ini kita ada jelajah Pakatan Harapan (HARAPAN) dan tiba-tiba jalan yang elok dirosakkan.

"JKR menggali jalan dari Pancor ke Gerisik, yang menuju ke tempat ceramah, untuk menyekat perjalanan trafik," katanya pada sidang media di Pagoh hari ini.

Pemeriksaan Malaysiakini mendapati sepanjang satu kilometer jalan itu memang rosak namun penduduk tempatan ia memang dalam keadaan itu sebelum ini.

Umno Pagoh menafikan pihaknya mahu mengganggu mana-mana program HARAPAN.

Muhyiddin yang juga bekas timbalan perdana menteri berkata beliau selama ini sentiasa memastikan keadaan jalan dari Panchor ke Grisik dalam keadaan baik, justeru terkejut dengan kerja pembaikan yang sedang berjalan.

Katanya lagi, BN sepatutnya berpolitik secara berhemah, bukannya menggunakan taktik seumpama itu.

Mahathir yang juga pengerusi BERSATU dijangka mengumumkan calon parti itu di peringkat Parlimen dan DUN Johor pada ceramah malam ini.

Semalam, Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong juga mendakwa forum anjurannya di Ayer Hitam disabotaj, apabila lampu jalan dan di kedai berhampiran dipadam.

[Baca berita asal] 

Lihat Komen
ADS