Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRU14 | Parti Sosialis Malaysia (PSM) tetap dengan pendiriannya untuk menyokong kerajaan yang dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN), kata Setiausaha Agung parti itu, A Sivarajan hari ini.

"Kami akan membantu HARAPAN membentuk kerajaan.

"Kerjasama itu sangat jelas bagi kami, inilah yang akan kami lakukan," kata Sivarajan pada sidang akhbar di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) hari ini, selepas majlis pengisytiharan aset awam yang diwajibkan parti itu ke atas 16 calonnya dalam PRU14.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas jika berlaku keadaan DUN tergantung di Selangor selepas pilihan raya umum ke-14 dan PSM mendapati dirinya berada dalam kedudukan "penentu".

PSM sebelum ini mengesahkan bahawa ia akan meletakkan 16 calon yang terdiri dari empat kawasan parlimen dan 12 kerusi negeri.

Ini termasuklah empat kerusi DUN di Selangor iaitu Semenyih, Kota Damansara, Kota Kemuning (sebelumnya Sri Muda) dan Pelabuhan Klang - daripada jumlah 56 kerusi negeri.

Walaupun rundingan kerusi PSM untuk PRU14 tergendala sebelum ini kerana HARAPAN, namun ahli jawatankuasa pusat PSM, S Arutchelvan (gambar, atas, kiri) tetap meyakinkan bahawa parti itu tidak akan menyokong BN.

"Kami tidak akan menyokong Barisan Nasional.

"Malah di peringkat kebangsaan rakyat menuntut perubahan, untuk mengubah kerajaan ... Jadi dalam erti kata itu kita cukup jelas," kata Arutchelvan, sambil menambah bahawa PSM sedang berkempen untuk calon HARAPAN dalam semua kerusi yang tidak ditandingi parti itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS