Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tian Chua keluar PKR petang ini?
Diterbitkan:  Apr 22, 2018 3:23 PM
Dikemaskini: 9:03 AM

[Laporan ini tidak lagi menggambarkan perkembangan terkini isu ini. Tian Chua telah mengumumkan tetap bersama PKR. - Pengarang]


Tian Chua dispekulasikan akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam PKR sebentar lagi.

Langkah itu dikaitkan dengan cakap-cakap beliau tidak berpuas hati selepas calon-calon direstui Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali dicantas.

Terdapat cuba spekulasi ketegangan makin memuncak dalam PKR antara kumpulan Azmin dan Naib Presiden Rafizi Ramli.

Tian Chua dijadual membuat sidang media berkaitan perkara itu dalam sidang media di sebuah restoran Kuala Lumpur pada jam 4 petang ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini beliau hanya berkata tidak tahu apa-apa berkaitan dakwaan krisis dalaman yang dilaporkan The Star.

Bagaimanapun, katanya: “Mungkin sebahagiannya benar”.

Ditanya sama ada beliau akan meletakkan jawatan, ikon reformasi itu menjawab: “Kelu”.

Sementara itu, Rafizi memberitahu Malaysiakini bahawa pemimpin-pemimpin parti harus menghormati hak presiden untuk membuat keputusan muktamad.

The Star melaporkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak lapan nama yang dimajukan Azmin sebagai calon di Selangor.

Tian Chua antara disebut-sebut bakal digugurkan, selain pegawai Azmin sendiri, Hilman Idham.

Lihat Komen
ADS