Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tian Chua tetap bersama PKR, tapi nasihat pimpinan 'hati-hati'
Diterbitkan:  Apr 22, 2018 4:53 PM
Dikemaskini: 10:26 AM

Selepas dispekulasikan akan keluar parti, Naib Presiden PKR Tian Chua mengumumkan perkara sebaliknya dalam sidang media di ibu negara petang ini.

Perkara itu diumumkan dalam sidang media di Restoran D'boom Boom di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Bagaimanapun, Tian Chua juga menasihatkan kepimpinan PKR lebih berhati-hati dalam pemilihan calon pilihan raya.

“Saya juga tiada maslah tidak dinamakan sebagai calon Batu.

"Saya serahkan kepada pimpinan untuk memutuskan jika mereka mahu tempatkan saya di kawasan lain.

“Saya juga tiada masalah tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Sebelum ini Tian Chua dispekulasikan akan mengumumkan peletakan jawatannya dalam PKR petang ini.

Langkah itu dikaitkan dengan cakap-cakap beliau tidak berpuas hati selepas calon-calon direstui Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali dicantas, termasuk nama Tian Chua sendiri.

Terdapat cuba spekulasi ketegangan makin memuncak dalam PKR antara kumpulan Azmin dan Naib Presiden Rafizi Ramli.

Beliau pagi tadi ketika ditanya Malaysiakini tentang kemungkinan beliau meletakkan jawatan hanya berkata “Kelu”.

The Star melaporkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak lapan nama yang dimajukan Azmin sebagai calon di Selangor.

[Baca berita asal]

 

Lihat Komen
ADS