Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak memohon untuk membatalkan saman oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa dirinya mengubah lafaz sumpah jawatannya di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada 3 April 2009.

Najib juga memohon untuk tidak memfailkan pernyataan pembelaannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, walaupun mahkamah sebelum ini menetapkan hari ini sebagai tarikh akhir, berikutan hasratnya untuk memfailkan permohonan bagi membatalkan saman berkenaan.

Ini didedahkan oleh peguam Mat Zain, Adnan Ismail. Hari ini juga ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Abd Wahab.

Mat Zain dalam kenyataan tuntutannya yang difailkan bulan lalu menyatakan bahawa sumpah yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan telah dilafaz secara salah oleh Najib pada 3 April 2009 apabila menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan tidak membetulkannya.

Memandangkan Najib gagal membetulkannya, tidak seperti presiden Amerika Syarikat ketika itu Barack Obama yang berbuat demikian, Mat Zain memohon perisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Najib sebagai perdana menteri dan menteri kewangan adalah terbatal dan tidak sah.

[Baca berita penuh]