Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Alkisah Tok Nan, nada dering BN, air dan senarai hilang
Diterbitkan:  Apr 26, 2018 9:21 PM
Dikemaskini: Apr 27, 2018 3:14 AM

PRU14 | Tidak pasti Pengerusi BN Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memang bergurau atau sebaliknya, tetapi majlis pengumuman calon BN negeri itu bertukar kaget apabila beliau berkata mahu membuang telefon bimbit seseorang dan kemudiannya turun sebentar dari pentas.

Pada satu ketika, Adnan kelihatan terkeliru sambil menyelongkar begnya dan bertanya jika beliau telah kehilangan senarai calon BN.

Majlis itu bermula seperti yang dirancang dengan nyanyian lagu BN, diikuti ucapan Adnan yang menjelaskan pencapaian gabungan itu.

Bagaimanapun, ketika majlis bermula kira-kira sepuluh minit, kedengaran nada dering lagu BN berkumandang dan datang daripada telefon bimbit seseorang dalam hadirin.

Kelihatan seakan Adnan merasa terganggu dan memberi amaran akan membuang telefon itu.

Bunyi Barisan Nasional

"Kasi campak handphone (telefon pintar) tu kang, cakap terus terang, tengoklah kang. TV ini semua ada di luar lagi kalau ada saya nak turun campak. Kita tengah cakap tiba-tiba bunyi Barisan Nasional," kata beliau.

Kemudian, Adnan berkata, "Di mana saya?"

Menteri besar sementara itu selanjutnya meminta air minuman.

"Air mana? Takde sorang yang ada air, takpe biar saya pergi ambil sendiri lah takde hal," kata beliau.

Adnan mula berjalan turun dari pentas, meninggalkan orang lain di atas pentas, termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, yang nampak kehairanan. Orang ramai seperti tergamam.

Senarai calon hilang

Adnan kemudian kembali ke pentas kira-kira dua minit kemudian dan berseloroh beliau terfikir menjadikan calon BN sesiapa yang membawakan air minuman untuknya tadi.

"Tapi tiada yang bawa air untuk saya," katanya. Beliau meneruskan ucapan mengenai sumbangan BN.

Ketika Adnan mengumumkan calon BN beliau kelihatan mencari-cari senarai calon tersebut.

"Hilang pulak senarai," kata beliau selepas mencari-cari kertas senarai calon BN itu, sebelum berkata, "ahh ada. Ada ada," bersambut hilaian tawan hadirin.

Dalam pengumuman itu, Adnan antaranya mengesahkan Umno mengembalikan kerusi parlimen Kuantan kepada MCA.

Bagaimanapun, calon untuk kerusi DUN Bukit Ibam tidak diumumkan dan hanya akan didedahkan pada masa akan datang.

Senarai calon BN Pahang

Berikut senarai calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

P078 CAMERON HIGHLANDS
Datuk C Sivarraajh (MIC)
N01 TANAH RATA
Leong Tack Man (MCA)
N02 JELAI

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Umno)

P079 LIPIS
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Umno)
N03 PADANG TENGKU
Datuk Mustapha Long (Umno)
N04 - CHEKA
Lee Ah Wong (MCA)
N05 - BENTA
Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak (Umno)

P080 RAUB
Chew Mei Fun (MCA)
N06 BATU TALAM
Datuk Abdul Aziz Kiram (Umno)
N07 TRAS
Eng Lek Pong (MCA)
N08 DONG
Datuk Seri Shahiruddin Moin (Umno)

P081 JERANTUT
Ahmad Nazlan Idris (Umno)
N09 TAHAN
Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak (Umno)
N10 DAMAK
Lim Chow Lee (MCA)
N11 PULAU TAWAR
Nadzri Ngah (Umno)

P082 INDERA MAHKOTA
Johan Mat Sah (Umno)
N12 BESERAH
Datuk Suhaimi Jusoh (Umno)
N13 SEMAMBU
Kuek Tei Sion (MCA)

P083 KUANTAN
Wong Kiew Lee (MCA)
N14 TERUNTUM
Tee Choon Ser (MCA)
N15 - TANJUNG LUMPUR
Tengku Datuk Seri Zulkifly Tengku Ahmad (Umno)
N16 INDERAPURA
Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif (Umno)

P084 PAYA BESAR

Mohd Shahar Abdullah (Umno)
N17 SUNGAI LEMBING
Datuk Suhaimi Mohd Shah (Umno)
N18 LEPAR
Abd Rahim Muda (Umno)
N19 PANCHING
Datuk Zaili Besar (Umno)

P085 PEKAN
Datuk Seri Mohd Najib Razak (Umno)
N20 PULAU MANIS
Datuk Khairuddin Mahmud (Umno)
N21 PERAMU JAYA
Datuk Seri Sheikh Fuzi Sheikh Ali (Umno)
N22 BEBAR
Datuk Fakaruddin Mohd Arif (Umno)
N23 CHINI
Datuk Seri Abu Bakar Harun (Umno)

P86 MARAN
Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Umno)
N24 LUIT
Nur Hidayah Shahimi (Umno)
N25 KUALA SENTUL
Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin (Umno)
N26 CHENOR
Datuk Ariffin Awang Ismail (Umno)

P087 KUALA KRAU
Datuk Seri Ismail Said (Umno)
N27 JENDERAK
Datuk Mohammad Jaafar (Umno)
N28 KERDAU
Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad (Umno)
N29 JENGKA
Datuk Wan Salman Wan Ismail (Umno)


P088 - TEMERLOH
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (Umno)
N30 MENTAKAB
Wong Tai Cei (MCA)

N31 LANCHANG
Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (Umno)
N32 KUALA SEMANTAN
Datuk Nor Azmi Mat Ludin (Umno)

P089 BENTONG
Datuk Seri Liow Tiong Lai (MCA)
N33 BILUT
Poo Moon Hiong (MCA)
N34 KETARI
Datuk Lau Hoi Keong (GERAKAN)
N35 SABAI
Datuk R Goonasegaran (MIC)
N36 PELANGAI
Datuk Seri Adnan Yaakob (Umno)

P090 BERA
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
N37 GUAI
Datuk Seri Norol Azali Sulaiman (Umno)
N38 TRIANG
Tan Tin Loon (GERAKAN)
N39 KEMAYAN
Datuk Mohd Fadhil Osman (Umno)

P091 ROMPIN
Datuk Seri Hasan Ariffin (Umno)
N40 BUKIT IBAM
(Belum Diumumkan)
N41 - MUADZAM SHAH
Razali Kassim (Umno)
N42 TIOMAN
Datuk Seri Johari Hussin (Umno)

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS