Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 | Badan tinjauan bebas Merdeka Center berpendapat meskipun terdapat peralihan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) di kalangan pengundi Melayu, ia tidak cukup untuk pembangkang menubuhkan kerajaan.

Pengarah program Merdeka Center Ibrahim Suffian mengambil contoh di Johor yang menurutnya HARAPAN mungkin mempunyai peluang mendapatkan sokongan Melayu di Johor.

Namun, jelasnya, ia tidak cukup untuk mengalahkan BN.

"Apa yang kita saksikan adalah peralihan sokongan (pengundi Melayu) berbanding 2013 kepada pembangkang.

"Namun peralihan sokongan dari BN memberi manfaat kepada pembangkang dari pelbagai cara," katanya kepada media selepas forum di Universiti Nottingham, Kuala Lumpur malam ini.

Tambah Ibrahim, hal serupa juga mungkin terjadi di Kedah, yang merupakan negeri kelahiran Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad yang mungkin menyaksikan peralihan sokongan dari pengundi yang sebelum ini menyokong PAS.

"Hanya di Selangor pembangkang berjaya meraih sokongan yang cukup untuk mempertahankan kerajaan negeri, terutamanya di kalangan pengundi Melayu.

"Di negeri lain seperti Johor meski terjadi peralihan sokongan, tidak cukup untuk tubuhkan kerajaan. 

"Di negeri lain, peralihan undi itu lebih berpihak kepada BN seperti Terengganu dan Kelantan," katanya.

Ibrahim menjangkakan HARAPAN akan mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang, tapi mungkin tidak berhasil menang di negeri lain.

"Satu-satunya negeri yang mana HARAPAN mempunyai potensi untuk menafikan BN dua per tiga majoriti adalah negeri seperti Sabah yang mana HARAPAN dan WARISAN mungkin akan bekerjasama.. namun kita tak nampak hal itu boleh dilakukan sehinggalah ia mampu mengambil alih kerajaan," katanya.

Jangkaan ini berdasarkan tinjauan yang dibuat seminggu lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS