Anggota PKR Jenifer Lasimbang akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog sebagai calon Parti Warisan Sabah.
Perkara itu diumumkan oleh Presiden WARISAN Datuk Seri Mohd Shafie Apdal semasa pengumuman calon parti itu di Kota Kinabalu hari ini.
“PKR setuju Jenifer akan bertanding menggunakan logo WARISAN,” kata Shafie.
Ditemui Malaysiakini selepas itu, Lasimbang menyifatkan keputusannya itu sebagai “langkah taktikal”.
Perkara itu, katanya, telah diperjelaskan oleh Pengerusi PKR Sabah Christina Liew.
