CALONKINI | Daripada seorang jurugambar di belakang lensa kamera di sebuah portal berita, kini Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir menjadi tajuk berita. Ashraf tidak pernah menyesal atas keputusannya untuk meletak jawatan sebagai jurugambar berita dan menyertai politik secara aktif.

Beliau mesra digelar "Acap" di kalangan kawan-kawannya. Ashraf, 32 tahun seorang penggemar muzik punk dengan identiti skindhead.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, beliau berkata sedia untuk menukar jaket yang dipakainya untuk pakaian yang lebih rasmi.

"Jaket ini manifestasi identiti," kata Ashraf ketika ditanya mengenai tampalan 'skinhead' pada lengan kanannya, bendera Jalur Gemilang di lengan kiri dan berbagai hiasan punk yang menghiasi bahagian depan jaketnya itu.

"Dulu zaman-zaman muda dulu kita duduk di zaman yang mungkin semua pernah rasa, ada yang jadi hip-hop, ada yang jadi ini itu...sebab anak muda dia mencari identiti.

"Cuma sampai masa jumpa satu identiti yang selesa, iaitu skin head. Kita rasa dekat dengan jiwa working class," katanya mengimbas kembali kenangan zaman remaja.

Lebih daripada itu, Ashraf berkata beliau pernah terpikat dengan sub budaya Nazi Punk, yang mana terjemahan tempatannya dimanifestasikan sebagai ketuanan Melayu.

"Kalau nak ikutkan skinhead ni pun dulu aku pernah jadi Nazi, racist... kuasa ketuanan Melayu (Malay power).

"Lumrah dalam mencari identiti sampai sekarang, bila kita makin lama makin lama, realiti mengajar kita kehidupan ini macam mana dan sebagainya.

"Sekarang ini memilih jalan skinhead melawan prejudis perkauman. Jadi kira macam perjalanan hidup ini akan mengajarkan kita sesuatu," katanya.

Bersikap, lakukan perubahan

Bagi sesetengah pihak, paparan semangat nasionalisme dan kebanggaan sub budaya punk mungkin dianggap seakan menunjuk-nunjuk dan berlebih-lebihan.

Bagaimanapun, bagi Ashraf, bapa kepada seorang anak itu, ia benar-benar merangkumi semangat dalam ideologi sub budaya itu - yang dihubungkan dengan hasrat untuk bersikap dan melakukan perubahan.

Tidak seperti ahli politik lain yang memilih untuk menunjukkan imej wajah yang serius, senyuman lebar Ashraf memenuhi poster dan gambar kempennya.

“Gambar kau sorang je lah yang senyum,” kata seorang anggota BERSATU yang datang mengucapkan tahnia kepadanya ketika wawancara ini berlangsung di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Sejak menyertai politik, Ashraf berkata beliau terus bercakap tentang isu-isu berkaitan reformasi pendidikan serta mempunyai minat yang mendalam dalam agenda pemberdayaan anak muda.

Pernah aktif GPMS

Lulusan Seni dan Rekaan daripada Universiti Selangor itu berkata beliau pernah memainkan peranan aktif dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sebagai ahli jawatankuasa pusatnya serta timbalan ketua persatuan itu bagi Wilayah Persekutuan.

Ashraf dilahirkan di Pahang tetapi dibesarkan di Pulau Pinang dan ibu bapanya masih menetap di sana. Beliau pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang pada awal tahun ini, dengan rancangan untuk bertanding di sana.

Walau bagaimanapun, beliau telah disyorkan dan kemudian secara rasmi diumumkan sebagai calon BERSATU bagi kerusi Parlimen Paya Besar di Pahang.

Beliau mengakui keputusan itu tidak dijangka, namun exco pemuda BERSATU tetap berkata beliau bersedia menghadapi cabaran itu di kawasan yang dilihat sebagai kubu kuat Umno kerana terdapat penempatan Felda.

Dengan latar belakang aktivisme pelajar, Ashraf ialah salah seorang daripada enam calon yang disokong dan disokong oleh kumpulan aktivis, Liga Pemuda.

Bercakap mengenai misinya sebagai calon muda bertanding di Paya Besar, Ashraf berjanji untuk tidak meminggirkan mana-mana golongan .

"Yang tua tak dipinggirkan yang muda diperkasakan. Benda-benda macam ni akan diusahakan. Masyarakat dekat sana balanced. 50-50 lelaki wanita, 80 peratus Melayu, ada 10 buah Felda.

"Bila kita tengok semua data ni dan tengok landscape di Paya Besar, fokus untuk bangunkan anak-anak Felda, khususnya generasi kedua dan ketiga sekarang ni, adalah amat penting.

Selain itu, Ashraf juga berjanji menyelesaikan masalah perumahan yang dihadapi generasi ketiga peneroka Felda di kawasan Sungai Besar.

"Yang kedua, bila bercakap pasal rumah, kita balik ke Paya Besar. Paya Besar sekarang ni generasi kedua, ketiga tidak ada rumah," katanya lagi.

[Baca berita penuh]