Berikut warna-warni kempen hari hari ketiga menjelang pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei ini:



Makan besar di Sekinchan

Sebelum konsert bagi memperkenalkan calon, BN hari ini mengadakan kenduri besar di Sekinchan.

Kira-kira 2,000 penduduk kawasan itu, yang rata-ratanya masyarakat Cina malam ini disajikan dengan ketam, itik, ayam goreng, laksa dan burger.

Peniaga minyak angin 'kuliahkan' penyandang MP

“Wang negara hilang” biasanya menjadi modal pembangkang untuk mengkritik Perdana Menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.

Hari ini, dalam lawatan di kawasan parlimennya Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin pula dikuliahkan seorang peniaga minyak angin, yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai “bekas komando”.

Lelaki itu juga mensyarahkan tentang “Semuanya sudah dijual kepada China” kepada calon Hang Tuah Jaya itu.



Saman Sarawak Report: PAS seru solat hajat

PAS menyeru semua anggotanya mengadakan solat hajat supaya presiden menang saman terhadap pengarang laman pembocor maklumat Sarawak Report Clare Rewcastle -Brown berjaya.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kes itu hari ini didengar di Mahkamah Tinggi di London.

Sarawak Report pada 6 Ogos lalu mendakwa RM90 juga dimasukkan ke dalam akaun pemimpin PAS sebagai sebahagian usaha menarik sokongan parti itu terhadap perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak.


Poster 'Rosmah' kembali , tapi tanpa Rosmah

Di Yong Peng, Johor, kain rentang besar yang asalnya memaparkan wajah isteri perdana menteri Rosmah Mansor muncul kembali.

Bagaimanapun, kali ini, tanpa wajahnya, ia digunting dengan bentuk seakan-akan Rosmah.

Ejaan nama isteri Datuk Seri Najib Razak itu juga kelihatan dikerat huruf “o” dan “a”, meninggalkan hanya perkataan RSMH.

Sebelum ini, wajah Rosmah dalam gambar yang dinaikkan pembangkang itu digunting buang atas alasan Rosmah tiada kena mengena dengan pilihan raya umum.



Ribut ributkan pasar murah

Di Pengkalan Kundur, Kedah, hujan lebat dan angin kuat membuatkan jualan harga runtuh Umno di Alor Setar kelam-kabut sebentar pagi tadi.

Beberapa khemah terpaksa dilipat dan diturunkan sementara menunggu keadaan reda.

Selepas, ia kembali dikerumuni orang ramai.


Hari 1: HARAPAN bolos gawang sendiri
Hari 2: Nik Omar masih meniti di bibir