Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PRU14 | Calon BN bagi Kota Raja, V Gunalan hari ini mempersoalkan bagaimana Presiden AMANAH Mohamad Sabu dapat menyumbang khidmat di kawasan tersebut apabila pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) itu tidak pernah dilihat berkempen di kerusi parlimen itu.

Pada sidang akhbar hari ini, beliau juga mendakwa sejak kerusi itu terlepas ke tangan pembangkang sejak 10 tahun lalu, pembangunan di kawasan berkenaan terhenti.

Gunalan, yang merupakan ahli jawatankuasa pusat MIC, terus membidas Mohamad Sabu, yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu, mengatakan tidak seperti dirinya, pemimpin AMANAH itu bukan berasal dari Selangor.

"Saya dilahirkan di Selangor dan saya bersedia berkhidmat kepada rakyat di Kota Raja kerana kawasan (tempat tinggal) saya berhampiran Dengkil dan saya ialah ketua bahagian MIC Sepang.

"Namun, Mat Sabu pernah bertanding di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan kini mahu bertanding di Selangor. Saya telah melawat hampir semua kawasan di Kota Raja tetapi tidak pernah bertemu Mat Sabu ketika saya berkempen.

"Bolehkah anda bayangkan jika dia menang? Dia akan memegang banyak jawatan termasuk menteri kabinet dan dia tidak akan dapat menjaga kebajikan rakyat Kota Raja," kata Gunalan.


BACA: Lawan 'tak mencabar', Mat Sabu yakin menang bergaya


Kota Raja mempunyai kira-kira 150,000 pengundi dan merupakan kerusi campuran dengan 44 peratus penduduk Melayu dan 28 peratus untuk masing-masing kaum Cina dan India.

Apabila ditanya, Gunalan berkata beliau tidak menganggap cabaran utama beliau datang daripada calon PAS Mohamad Diah Baharun dalam pertandingan tiga penjuru itu.

 

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS