Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Jika Najib lari, Interpol akan cari – Mahathir

Pembangkang memainkan isu perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak akan lari ke luar negara jika BN tumbang dalam pilihan raya minggu depan.

Berdepan kemungkinan itu, Tun Dr Mahahir Mohamad berkata kerajaan baru akan mendapatkan bantuan asing, termasuk Polis Antarabangsa (Interpol), jika ia benar-benar berlaku.

“Saya percaya pada kedaulatan undang-undang. Saya tidak percaya hak istimewa sesetengah orang.

“Jika dia langgar undang-undang, undang-undang akan cari cara tangkap dia,” kata calon perdana menteri Pakatan Harapan.

“Hari ini kita ada Interpol dan yang seumpamanya.

“Jika beliau bersalah di sisi undang-undang, dan percayalah pada saya... akan cukup bukti, dan ramai lagi orang boleh tambah bukti dalam hal itu,” kata Dr Mahathir.

Mahathir berkata demikian ketika diwawancara Malaysiakini di pejabatnya di Putrajaya pada Jumaat lepas.

Beliau merujuk tiga hasil siasatan 1MDB oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara.

Mahathir juga menegaskan HARAPAN bukan mahu “membalas dendam” tetapi semua orang, termasuk bekas-bekas menteri, tertakluk bawah undang-undang.

“Jika dia tahu dia langgar undang-undang, dia memang ada alasan untuk takut kerana dia mungkin dihadapkan ke mahkamah dan mungkin disabitkan bersalah.

“Dan pesalah akan dipenjarakan,” katanya.

BN menegaskan siasatan PAC tidak mengaitkan sebarang salah laku dengan Najib.

SPRM telah menghantar laporan siasatan mereka pada Januari 2016 tetapi peguam negara Tan Sri Apandi Ali kemudian membersihkan nama Najib dari sebarang salah laku.

Bank Negara bagaimanapun pada April 2016 mengenainya denda pentadbiran kepada 1MDB kerana gagal mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS