Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

PAS Selangor dalam ramalan terakhir sebelum hari mengundi esok menyatakan keyakinan mereka untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri dari Pakatan Harapan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir memberitahu sidang akhbar di ibu pejabatnya di Shah Alam hari ini bahawa parti melalui pakatan Gagasan Sejahtera mampu memenangi sekurang-kurangnya lapan lagi kerusi - lima daripada dari PKR - di samping mengekalkan15 kerusi yang dimilikinya.

Untuk membentuk kerajaan negeri yang baru, PAS perlu memenangi sekurang-kurangnya 29 daripada 56 kerusi di dewan undangan negeri Selangor.

Antara kerusi PKR yang menurut Roslan mampu dirampas oleh PAS adalah Kota Anggerik, Sementa, Batu Tiga, Ijok dan Sungai Tua manakala selebihnya adalah dua kerusi DAP - Sungai Pelek, Kuala Kubu Baru - dan satu daripada Umno, Sungai Burung.

"Melalui maklum balas yang kami terima dari jentera kempen kami setakat ini, PAS yakin mengekalkan semua kerusi yang dimenangi pada pilihan raya umum ke-13 lalu, di samping merampas sekurang-kurangnya lapan kerusi baru.

"Dengan kekuatan kita, PAS yakin akan ada gelombang besar untuk perubahan esok, kita akan mempunyai cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri baru, Insya-Allah," kata Roslan.

Beliau menambah bahawa PAS turut menyaksikan penerimaan yang luar biasa di kalangan pengundi bukan Melayu kepada calon-calon Gagasan Sejahtera.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS