Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Berhenti mengarut, pesan Ambiga pada PKR
Diterbitkan:  May 12, 2018 10:25 PM
Dikemaskini: 2:28 PM

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mengkritik PKR selepas naib presidennya Rafizi Ramli berkata Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman pelantikan tiga menteri tanpa berunding dengan parti itu.

Mengulas artikel Malaysiakini berhubung isu itu di Twitter, bekas pengerusi Bersih itu berkata: "PKR tolong hentikan karut-marut ini."

Dalam ulasannya pada artikel FMT untuk isu yang sama, beliau berkata: "Saya sokong sepenuhnya pelantikan oleh perdana menteri. Tolong dahulukan negara berbanding hal lain. Rakyat sendiri berbuat demikian!"

Dalam sidang media petang tadi, Mahathir mengumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan menteri kabinet dibuat Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat daripada perdana menteri.

Rafizi bagaimanapun mendakwa Mahathir tidak berunding dengan PKR berhubung perkara itu, bertentangan dengan Pakatan Harapan yang mengutamakan konsensus.

Beliau juga berkata pelantikan itu belum muktamad kerana perbincangan masih berlangsung.

Lihat Komen
ADS