Pihak media akan mendapat membuat liputan media yang lebih luas dengan membatalkan pas tauliah media bagi majlis rasmi kerajaan, kata seorang pensyarah media hari ini.

Profesor Madya Universiti Nottingham Malaysia, Gayathry Venkiteswaran memberitahu pemberita cadangan itu merupakan antara beberapa isu yang dikemukakan semasa mesyuarat bersama Jawatankuasa Pembaharuan Institusi di Menara Ilham di Kuala Lumpur pagi ini.

"Kami bercakap tentang kebebasan akhbar, untuk memastikan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984 supaya lebih banyak kebebasan media.

"Saya juga menyampaikan (keperluan) untuk membatalkan pas media supaya dapat memudahkan pihak akhbar untuk membuat liputan isu-isu dan pegawai awam," kata Gayathry yang membentangkan cadangannya bersama penyelidik Civicus Alliance, Josef Benedict dan wakil Article 19 Malaysia, Nalini Elumalai .

Gayathry berkata kod warna pas media sekarang mendiskriminasi beberapa wartawan daripada melaporkan beberapa isu kepentingan awam.

Pada masa ini, pas media rasmi yang dikeluarkan Jabatan Penerangan diperlukan untuk masuk membuat liputan di parlimen dan kementerian di Putrajaya. Manakala itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengeluarkan pas khas kepada wartawan yang membuat liputan.

Hal ini ditambah pula dengan beberapa majlis diraja dan kerajaan yang terhad untuk media rasmi kerajaan - RTM dan Bernama.

Walaupun tanpa pas media rasmi kerajaan, Gayathry berkata terdapat kaedah yang boleh digunakan bagi mengehadkan bilangan wakil daripada setiap organisasi media.

"Tetapi kami fikir pas media ini benar-benar mendiskriminasi beberapa wartawan atau beberapa media sehingga kami sebenarnya mencadangkan kepada jawatankuasa untuk membuangnya.

"Ini adalah sesuatu yang boleh dilakukan oleh kerajaan," katanya.

Sementara itu, Nalini berkata beliau telah mengemukakan mengenai keperluan untuk memansuhkan Akta Hasutan, Akta Anti Berita Tidak Benar 2018 dan undang-undang lain yang melanggar hak untuk kebebasan bersuara.

[Baca berita penuh]