Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan 10 projek yang dianggarkan bernilai RM1 bilion, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mohd Amin Nordin.

"Terdapat beberapa projek yang saya batalkan," Mohd Amin memberitahu pemberita ketika ditemui selepas bermesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, tengahari ini.

"Tak kurang 10 (projek)... hampir RM1 bilion (nilainya).

Beliau diminta mengulas jika DBKL akan membatalkan lebih banyak projek susulan pengumuman pada Rabu lalu berhubung pembatalan serta-merta kontrak RM180 juta bagi mengecat semula rumah pangsa murah.

Bagaimanapun, Mohd Amin enggan mendedahkan butiran terperinci mesyuaratnya bersama majlis penasihat.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen
ADS