Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM cari Jho Low, Nik Faisal
Diterbitkan:  Jun 7, 2018 12:58 PM
Dikemaskini: 5:44 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta Low Taek Jho dan peguam Nik Faisal Ariff Kamil tampil bagi membantu siasatan berhubung SRC International Sdn Bhd.

SPRM menyebutkan Nik Faisal sebagai pengarah SRC International. Dia merupakan ketua pegawai eksekutif ketika SRC International ditubuhkan pada 2011 sebagai syarikat subsidiari 1MDB.

Low, yang juga dikenali sebagai Jho Low dipercayai merupakan individu penting dalam skandal 1MDB.

Kedua-dua individu itu sebelum ini dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mereka dikehendaki pihak berkuasa sejak siasatan ke atas SRC International dan 1MDB dimulakan pada 2015, namun mereka dipercayai berada di luar negara.

SRC International ditubuhkan sebagai syarikat pelaburan strategik bagi sektor tenaga. Seperti 1MDB, syarikat itu bergantung pada pinjaman kewangan yang besar untuk memulakan operasi.

SRC International sebelum ini meminjam RM 4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) namun sehingga kini tidak dapat dipastikan hasil pulangan pelaburan berkenaan.

Pada 30 Mei lalu, Malaysiakini melaporkan SRC International tidak dapat membayar hutang dan terpaksa ditanggung Kementerian Kewangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS