Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar mohon sokong Amir sebagai MB wakili HARAPAN
Diterbitkan:  Jun 19, 2018 4:06 PM
Dikemaskini: 10:17 AM

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu kepada semua pihak untuk menyokong Amirudin Shari sebagai menteri besar yang mewakili gabungan itu.

"Mampu dileraikan secara baik dalam HARAPAN. Mohon dukungan AmirMB sebagai mewakili HARAPAN,” ciapnya di Twitter.

Amirudin mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar Selangor pagi ini sedangkan beliau didakwa tidak mendapat restu daripada parti-parti kmponen dalam HARAPAN.

Bercakap pada majlis jamuan makan tengah hari di Shah Alam kemudiannya, Amirudin berkata beliau menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi HARAPAN bagi menjawab persoalan tentang pelantikannya itu.

“Saya rasa biar pimpinan HARAPAN memberi penjelasan terutamanya daripada PKR untuk soalan tersebut dan saya serahkan kepada pimpinan tertinggi untuk membuat penjelasan,” katanya kepada pemberita.

Beliau mengulas dakwaan oleh ADUN Ijok, Dr Idris Ahmad, awal hari ini yang berkata dirinya calon tunggal menteri besar yang disokong oleh semua parti HARAPAN dan pelantikan Amiruddin tidak mendapat restu parti-parti lain.

Idris sebaliknya berkata hanya beliau seorang sahaja yang mendapat persetujuan daripada semua parti HARAPAN.

Idris sebelum ini dikatakan merupakan antara yang disenarai pendek sebagai calon untuk menjawat jawatan itu.

Kekosongan jawatan itu susulan menteri besar sebelum ini Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diserap ke kabinet sebagai menteri hal-ehwal ekonomi.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mengesahkan nama Dr Idris diserahkan kepada pihak istana untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS