Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
ADUN Sungai Air Tawar dipilih jadi ketua pembangkang S'gor

Umno telah menamakan ADUN Sungai Air Tawar Rizam Ismail sebagai ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ini.

"Pada 27 Jun, kami terima surat daripada Umno Selangor yang menamakan Rizam sebagai ketua pembangkang. Hanya beliau yang dinamakan dalam surat itu.

"Sidang DUN yang akan bermula September ini akan membuat pengumuman (Rizam sebagai ketua pembangkang baru)," kata Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim.

Pada penggal lalu, DUN negeri itu tidak mempunyai ketua pembangkang selepas Umno tidak melantik pengganti ADUN Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias yang meletakkan jawatan pada Disember 2014.

Minggu lalu, Rizam, 37, dilaporkan menjadi antara calon bagi jawatan itu.

Jika terpilih, Rizam berkata beliau akan berusaha untuk memastikan semua ADUN BN memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan untuk menjadi semak dan imbang kepada pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN).

BN Selangor mencatatkan prestasi terburuk pada PRU ke-14 selepas hanya menang di empat daripada 56 DUN, berbanding 12 DUN pada PRU ke-13.

PAS pula hampir 'dilenyapkan' apabila tinggal satu wakil rakyat sahaja, daripada 12 untuk penggal lalu.

Lihat Komen
ADS