Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
'PKR 'solid' lawan BN, tiada konflik soal pemilihan calon'

PRK SG KANDIS | Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menafikan dakwaan calon BN Datuk Lokman Noor Adam bahawa ada pihak dalam PKR yang akan mensabotaj parti itu dalam PRK Sungai Kandis.

"Dia boleh bermimpi untuk itu (berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pusat penamaan calon pagi ini.

Semalam, Lokman mendakwa penyokong Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak berpuas hati dengan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang memilih Mohd Zawawi Ahmad Mughni sebagai calon parti itu.


Baca: Lokman: Kem Azmin akan bantu kemenangan BN di Sg Kandis


Lokman yang pernah menganggotai PKR namun dipecat pada 2004 berkata beliau menerima 'petanda' tentang sabotaj tersebut daripada rakan-rakan lamanya dalam parti itu.

Amiruddin menyangkal dakwaan itu dan berkata PKR tetap bersatu untuk melawan BN.

"Setakat ini kita solid. Memang ada pandangan seperti itu tetapi hari ini Azmin ada, saya ada, Kak Wan (Wan Azizah) ada, menteri besar Negeri Sembilan ada, pimpinan HARAPAN ada.

"Saya percaya kita masih dalam landasan dan kedudukan yang padu untuk (menewaskan BN)," katanya.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS