Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Siswa universiti demo anti-UEC
Diterbitkan:  Jul 21, 2018 7:15 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

Kira-kira 100 penunjuk perasaan berhimpun di Kuala Lumpur hari ini bagi membantah rancangan Putrajaya mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Sebuah video yang dikongsi penganjur protes Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) di Facebook menunjukkan para penunjuk perasaan memakai lilit kepala berwarna merah menjeritkan "hidup rakyat" dan "bantah UEC" ketika bantahan itu berlangsung.

"Kita ada di sini bukan atas dasar kita rasis, tapi kita sama-sama menegakkan sistem pendidikan kebangsaan kita," kata salah seorang penunjuk perasaan yaang tidak dapat dikenalpasti dalam protes itu.

Menurut Utusan Malaysia, kebanyakan peserta ialah pelajar daripada Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Demontrasi itu bermula di Masjid Negara tetapi polis menghalang penunjuk perasaan daripada berarak ke Sogo.

Kumpulan itu bersurai sebentar sebelum berhimpun semula di Sogo kira-kira jam 3 petang. Protes itu berakhir pada jam 5 petang tadi, lapor Utusan Malaysia.

Manakala itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Rudy Abdullah dipetik Malay Mail berkata pihak polis akan "menyiasat motif sebenar perhimpunan berkenaan."

Sijil UEC yang dikeluarkan kepada lepasan sekolah persendirian Cina diiktiraf institusi pendidikan swasta dalam negeri dan banyak universiti di luar negara, termasuk kerajaan Sarawak.

Manifesto pilihan raya HARAPAN berjanji UEC boleh digunakan untuk kemasukan ke institusi pendidikan awam "dengan syarat pemohon mendapat kredit Bahasa Melayu pada peringkat SPM."

Pada 2 Julai lalu, Ketua Menteri Melaka Adly Zahari berkata pengambilan lulusan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) akan dilaksanakan sebagai antara syarat perjawatan peringkat negeri Melaka kerana ia adalah sebahagian daripada manifesto HARAPAN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Lihat Komen
ADS