Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengerusi PAC: Zahid mahu bincang dengan pembangkang lain

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau akan berbincang dulu dengan pembangkang lain berhubung pemilihannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang baru.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Undang-undang Datuk Liew Vui Keong berhubung pemilihan Zahid sebagai calon tunggal bagi jawatan itu.

Zahid yang juga ketua pembangkang berkata, perbincangan akan dibuat selepas beliau mendapat tawaran rasmi daripada kerajaan.

"Oleh kerana saya hanya membaca laporan media tetapi tidak menerima sebarang surat rasmi, maka saya akan mengambil tindakan setelah menerima tatacara mengikut kelaziman amalan parlimen itu.

"Saya akan adakan rundingan dengan rakan-rakan dalam blok pembangkang iaitu Umno, BN dan PAS," katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

Liew hari ini berkata Zahid adalah calon tunggal yang dipertimbangkan untuk jawatan itu tetapi bergantung kepada presiden Umno itu untuk menerimanya atau tidak.

"Kalau dia nak, saya rasa itu akan dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dan pihak speaker," katanya.

Ketika pentadbiran BN, jawatan itu dipegang oleh anggota parlimen daripada kerajaan.

Ia pernah disandang oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed pada 2013 sebelum dilantik menjadi timbalan menteri dalam negeri dua tahun kemudian.

Ia kemudian diggantikan oleh anggota parlimen Rompin Datuk Hasan Arifin.

Lihat Komen
ADS