Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Rafizi: Tak timbul soalan perlu dapat restu Anwar

PEMILIHAN PKR | Bekas anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli menolak spekulasi beliau perlu mendapatkan "restu" Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum memutuskan bertanding jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti akan datang ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mengumumkan pasukannya dalam majlis di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Rafizi berkata tidak timbul isu mendapatkan restu daripada pasangan pemimpin PKR itu.

"Soalan yang anda cuba masukkan kata-kata dalam mulut saya, sama ada sudah dapat restu atau sebaliknya.

"Ia proses demokrasi, sesiapa yang ingin bertanding, bertanding,"

"Sedangkan persoalan itu langsung tidak timbul. Soal restu atau tidak ialah spekulasi yang dibuat di luar (parti)," kata beliau ketika ditanya jika beliau mendapat restu Anwar dan Wan Azizah sebelum mengumumkan rancangannya bertanding timbalan presiden parti.

Pemilihan PKR akan berlangsung pada 24 Ogos selama sembilan minggu dan pengumuman keputusan dijangka pada November ini.

[baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS