Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kes 'kenyataan jelik ' Zaid pada bekas PM ditarik balik

Pendakwaan telah menarik rayuan kesnya terhadap bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim di bawah pertuduhan Akta Komunikasi dan Multimedia kerana dikatakan membuat hantaran jelik terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Pendakwa Raya Jamil Aripin memberitahu hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Justice Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengenai penarikan balik rayuan kes tersebut.

"Hal ini berikutan Pejabat Peguam Negara telah menerima surat representasi daripada peguam tertuduh dan memutuskan untuk menarik balik rayuannya," kata Jamil.

Pada awalnya hakim Nazlan mahu menetapkan tarikh perbicaraan tetapi peguam M Puravalen yang mewakili Zaid memberitahu keputusan Mahkamah Sesyen telah membebaskan anak guamnya daripada pertuduhan tersebut.

Susulan ini, Nazlan merekodkan penarikan balik itu dan membatalkan rayuan pendakwaan sebelum ini.

Pada Januari 2018, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membebaskan bekas menteri itu tanpa perlu membela diri  atas pertuduhan kerana membuat hantaran blog terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, pada 2015.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zaman Mohd Noor berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie kerana gagal memanggil Najib untuk memberi keterangan di mahkamah.

Hakim ditukar ke Kota Bharu?

"Ada keperluan untuk memanggil mangsa, (untuk bertanya) sama ada beliau terkesan (dengan kenyataan itu) dan apa perasaannya.

"Pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kes prima facie dan tertuduh dibebaskan," katanya.

Zaid ketika ditemui pemberita berkata beliau didakwa kerana mengkritik ahli politik dan berkata jika ahli politik tidak boleh dikritik maka lebih elok mereka tidak masuk politik.

Beliau juga menyatakan keprihatinannya keraja hakim Mahkamah Sesyen, Zaman Mohd Noor yang membebaskan beliau daripada pertuduhan pada Januari 2018 lalu dikatakan telah ditukar ke Kota Bharu.

"Saya mahu kerajaan sekarang untuk melihat semula pertukaran hakim yang dibuat pentadbiran terdahulu sama ada keputusan itu dibuat berdasarkan kes saya atau sebaliknya," katanya.

Menurut Zaid Ibrahim lagi, sebagai bekas menteri beliau tidak mahu melihat perkara ini terjadi kepada seorang hakim yang melaksanakan keadilan dan menggesa kerajaan untuk menyiasat perkara berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS