Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PARLIMEN | Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) nanti akan memberi kesan kepada golongan muda yang menggunakan perkhidmatan telefon prabayar.

Anggota parlimen Pontian itu menjelaskan apabila SST dilaksanakan nanti mereka terpaksa membayar harga lebih tinggi untuk menambah nilai bagi meneruskan perkhidmatan telefon masing-masing.

"Bersedialah... bersedialah kad-kad prabayar itu akan naik harga kerana ada 6 peratus cukai perkhidmatan.

"Sekarang (harga tidak naik sebab) sifar peratus GST (cukai barangan dan perkhidmatan).

"Lepas ni tentu harga menjadi lebih mahal, dan mengamuklah..." katanya.

Justeru Ahmad mengajar golongan muda terbabit membantu pembangkang uuntuk menyerang kerajaan sebagai kesan daripada beban yang mereka tanggung.

"Tolonglah bantu kami, menggunakan media sosial, bantai pihak Pakatan Harapan ini," katanya.

Tempat orang kaya

Ahmad berkata demikian semasa berbahas Rang Undang-undang SST di hari ini.

Untuk rekod kerajaan dulu juga dikritik semasa GST dilaksanakan ke atas perkhidmatan prabayar pada 2015.

Bagaimanapun pengendali telekomunikasi diarah menyerap cukai berkenaan dan mengembalikan harga jualan tambah nilai itu kepada paras sebelum GST.


Baca Ahmad rela tak dapat like dan share


Dalam ucapan sama Ahmad meminta kerajaan SST dikenakan lebih tinggi bagi pusat-pusat hiburan, atau lebih baik kalau ditutup terus.

Tambahan pula katanya tempat-tempat sebegitu hanya dikunjungi oleh orang kaya-kaya.

Katanya langkah itu perlu diambil supaya ia membebankan orang ramai untuk mengunjunginya.

"Kasino, loteri, perjudian, pertaruhan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6 peratus. Kenapa hanya 6 peratus sedangkan ia boleh dikenakan lebih daripada itu.

"Tempat-tempat pertaruhan dan perjudian ini, saya cadang dikenakan 20 peratus supaya orang tak pergi di tempat itu.

"Kalau boleh, tutup terus kasino, permainan loteri, mesin perjudian dan seumpamanya ini," katanya.

Lihat Komen
ADS