Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kelapa muda berpotensi buat lelaki subur
Diterbitkan:  Aug 15, 2018 7:15 PM
Dikemaskini: 11:17 AM

Kajian awal mengenai kesan air kelapa muda kepada sperma tikus menunjukkan cecair itu berpotensi sebagai suplemen untuk meningkatkan kesuburan lelaki.

Pensyarah dari Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Noor Hashida Hashim berkata, tikus yang diberi air kelapa selama sebulan menunjukkan peningkatan motiliti (pergerakan), viabiliti (hidup mati) dan morfologi (bentuk) sperma haiwan itu.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan kajian terperinci pada masa akan datang untuk melihat kesan air kelapa dalam membantu mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki, lapor Utusan Malaysia.

“Kehadiran L-arginine, poliamina, vitamin C, asid askorbik, kalsium, magnesium, asid indole-3-asetik dan selenium menyumbang kepada kesan perlindungan yang diperlukan dalam mengekalkan motiliti, viabiliti dan morfologi sperma tikus.

“Air kelapa muda ini berpotensi memulih ketidaksuburan tikus jantan dan kemungkinan pada masa hadapan boleh digunakan sebagai rawatan alternatif untuk ketidaksuburan pada orang lelaki,” beliau dipetik sebagai berkata.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS