Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

EKSKLUSIF | Bahagian Penyelidikan, unit risikan bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) mendapat ketua pengarah yang baru bulan lalu.

Putrajaya memilih Datuk Ahmad Shublee Othman bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas pentadbiran Pakatan Harapan menamatkan perkhidmatan Datuk Hasanah Ab Hamid.

Menurut sumber, Shublee berkhidmat sebagai timbalan pengarah Majlis Keselamatan Negara sebelum pelantikan tersebut.

Difahamkan, Shublee pernah berkhidmat di bawah Bahagian Penyelidikan JPM dan memiliki kepakaran yang diperlukan dan pengalaman bagi mengetuai agensi berkenaan.

Nama beliau disenaraikan dalam talian di bawah direktori pegawai Jabatan Perdana Menteri dengan jawatan barunya.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Shublee untuk pengesahan.

Sebelum pilihan raya umum ke 14 (PRU14), kewujudan Bahagian Penyelidikan dan fungsinya amat sedikit diketahui orang ramai.

Bagaimanapun, agensi berkenaan mendapat sorotan umum selepas kebocoran surat rasmi Hasanah kepada pengarah CIA pada waktu itu, Gina Haspel.

Surat bertarikh 4 Mei itu memohon bantuan Amerika Syarikat jika BN menang tipis PRU14.

Hasanah membuat laporan polis mengenai kebocoran surat itu.

Ketika awal pentadbiran HARAPAN, dikatakan Bahagian Penyelidikan JPM merupakan antara badan kerajaan yang dikaji untuk kemungkinan dibubarkan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS