Sehubungan dengan kepulangan Tan Sri Musa Aman ke Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menyoal di mana anak bekas ketua menteri Sabah itu, Yamani Hafez Musa.
Yamani Hafez, selaku ahli Parlimen Sipitang, tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat bulan lalu.
"Walaupun kita dihujani dengan dakwaan tidak berasas di media sosial mengenai keadaan kesihatannya namun anak beliau yang adalah ahli parlimen Sipitang, kelihatan berdiri bersebelahan Musa dalam keadaan begitu sihat.
"Ketika ini, (Yamani Hafez) menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab langsung sebagai seorang ahli parlimen dan beliau tidak menghormati dewan yang mulia itu dengan tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah di Parlimen bulan lalu tanpa penjelasan sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Rakyat ingin tahu sama ada beliau juga tenat seperti bapanya," katanya.
Liew sebelum ini berkata bahawa Yamani Hafez tidak memaklumkan kepada Parlimen mengenai alasannya tidak mengahdiri sidang Dewan Rakyat dan beliau mempunyai sehingga 16 Januari tahun depan untuk mengambil sumpah jawatan atau berdepan risiko hilang kelayakannya.
Sementara itu, Liew juga meminta Musa mengemukakan laporan perubatan untuk membuktikan keadaan kesihatannya yang dikatakan serius.
"Keberadaan awal Musa mencetuskan spekulasi di kalangan rakyat dan beliau (Musa) harus menyokong dakwaannya dengan laporan perubatan dan bukan dengan hanya menghantar gambar dirinya di Facebook melalui setiausaha politiknya," katanya.
Musa, meninggalkan negara ini pada 16 Mei berikutan laporan polis yang dibuat oleh oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin kerana melakukan kerana melakukan ugutan jenayah.
Walau bagaimanapun, bekas setiausaha politiknya, Mohd Joh Wid berkata Musa sedang mendapat rawatan di Hospital Clementine Chirchill, London. Beliau juga mendedahkan bekas ketua menteri itu pernah melakukan beberapa prosedur rawatan pembedahan pintasan jantung.
