Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Isu pegawai kanan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan dibawa ke mesyuarat bulanan Parti Amanah Negara (AMANAH) minggu depan.

“Perkara ini pasti akan dibawa dalam mesyuarat AMANAH 4 September ini.

“Saya ingat kalau tak Pemuda bawa, pihak lain pun akan bawa perkara ini,” kata Ketua Pemuda AMANAH Mohd Sany Hamzan ketika dihubungi Malaysiakini.

Sany berkata pihaknya tidak dapat berkompromi dengan amalan yang didakwa itu dan menuntut pegawai tersebut direhatkan sementara SPRM melakukan siasatan.

Bagaimanapun, katanya, mereka tetap berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan.

Pada 14 Ogos lalu Malaysiakini melaporkan individu itu disiasat susulan dakwaan menerima RM800,000 daripada beberapa pihak untuk membantunya menyelesaikan hutang dan keluar dari status muflis.

Antaranya bayaran itu didakwa dibuat beberapa hari selepas Mohamad, presiden AMANAH, mengangkat sumpah sebagai menteri pertahanan.

Mohamad berkata beliau tidak akan berkompromi dalam soal integriti serta mengalu-alukan siasatan terhadap pegawainya itu.

Malaysiakini difahamkan pegawai itu masih bertugas seperti biasa.

Lihat Komen
ADS