Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan perlu 12 bulan untuk kumpul maklum balas berkaitan OSA

Kerajaan sedang mengkaji bagi menambah baik Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) dan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA) sebelum ia dibentangkan di parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata kerajaan memerlukan 12 bulan dari sekarang bagi mengumpul maklumat dan pandangan dari semua kementerian yang terlibat.

“Kami akan mengkaji semula pelbagai cadangan dan ulasan daripada pelbagai kementerian, dan kementerian untuk duduk (bincang) dengan pihak berkepentingan.

“Sebab itulah kita kena kaji untuk melihat perkara ini, apa pun mereka (FOIA dan OSA) mungkin kita boleh gabungkan dua akta ini, atau abaikan sepenuhnya OSA, apa pun masih di peringkat ulasan (perbincangan),” katanya kepada pemberita di parlimen,hari ini.

Terdahulu Liew diminta mengulas laporan Malaysiakini yang melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Mohamad bersetuju bahawa OSA pernah disalah guna, tetapi percaya kerajaan masih memerlukan undang-undang itu.

Liew juga ditanya apakah penambahbaikkan yang akan dilakukan kerajaan terhadap OSA.

Mengulas lanjut Liew berkata OSA perlu dikaji semula mengikut keadaan semasa.

Katanya, maklumat berkaitan keselamatan negara mudah didapati di Internet melalui media sosial justeru pihaknya merangka draf akta maklumat tertentu bagi mengekang ia berlaku.

“Maklumat tertentu dianggap rasmi tapi ada perkara yang perlu di rahsiakan terutama perkara yang melibatkan keselamatan negara, yang tak dapat diketepikan dengan mudah dan diberikan orang ramai,” katanya.

“Mengenai isu tertentu selain mempertahankan kawasan keselamatan juga, kita tidak boleh memberikannya kepada orang ramai kerana kita perlu memastikan maklumat keselamatan di peringkat tertinggi,” katanya.

Lihat Komen
ADS