Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPR mungkin akan ambil alih kuasa ROS daftar parti politik

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan direformasikan bakal menyaksikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak lagi bertanggungjawab mendaftarkan parti-parti politik.

Bagi mencapai sasaran itu, agenda Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) akan memasukkan kemungkinan meletakkan kuasa mendaftar parti-parti politik di bawah SPR dan memberikan akses terhadap kertas undi kepada calon dan parti yang bertanding.

Ditanya jika ini bermakna mengambil alih tanggungjawab daripada ROS, Pengerusi ERC, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjawab: "Kami sedang meneliti hal itu."

Ini adalah antara 15 pembaharuan yang dibincangkan oleh ERC termasuk menggariskan rangka kerja undang-undang untuk menubuhkan "badan pengurusan pilihan raya" yang mungkin (atau tidak akan) menggantikan SPR.

ROS telah dituduh sebagai alat politik oleh kerajaan BN sebelum ini.

Pengkritik telah menyebut kejdian seperti ancaman ROS untuk membatalkan pendaftaran Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana tidak mematuhi perlembagaan parti, kelewatan mendaftarkan Pakatan Harapan sebagai gabungan dan meluluskan penangguhan pemilihan Umno sebanyak dua kali.

Sementara itu, mengulas perkara berasingan, Abdul Rashid berkata beliau tidak memihak kepada pengundian elektronik (e-undi) kerana ia dengan mudah boleh membawa kepada tuduhan penipuan pilihan raya.

Bagaimanapun, beliau berminat untuk mengamati pemilihan parti PKR, yang akan menggunakan e-undi.

"Saya harap mereka membenarkan saya menjadi pemerhati," katanya sambil ketawa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS